
7 Kelebihan Memiliki Hibah Takaful Sekarang (Jangan Tunggu Sehingga Menyesal)
Kesedaran mengenai hibah takaful kini semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat di Malaysia.
Ini berikutan terdapat banyak kempen pemasaran mengenai hibah di media sosial oleh ejen-ejen takaful. Ia sedikit sebanyak membuka mata orang ramai tentang kepentingan memiliki pelan ini untuk kesenangan kewangan masa depan.
Dalam artikel ini, kami akan menerangkan lebih lanjut tentang hibah takaful serta kelebihan memilikinya pada masa sekarang.
Teruskan membaca.
Apakah Itu Hibah Takaful?
Maksud hibah takaful merupakan gabungan dua perkataan yang mempunyai dua maksud yang berbeza.
Hibah bermaksud pemberian sesuatu yang dibuat secara sukarela oleh si pemberi kepada penerima.
Pemberian sedemikian dibuat atas dasar kasih sayang dan pemberi juga tidak mengharapkan apa-apa balasan.
Untuk pengetahuan anda, pemberian ini boleh kepada sesiapa sahaja mengikut pilihan kita sama ada waris atau bukan waris.
Takaful pula bermaksud satu bentuk pelan pelindungan diri yang patuh syariah.
Jadi apabila digabungkan kedua-dua perkataan ini, ia bermaksud:
Hadiah yang berupa sijil takaful dengan jumlah tunai tertentu yang akan diberikan kepada penama tanpa wasiat dan tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemilik sijil takaful itu meninggal dunia. Penama hanya akan menerima pemberian wang tunai ini apabila pemilik sijil takaful itu meninggal dunia.
Hibah takaful mula diperkenal di dalam industri takaful setelah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 diwujudkan.
Terdapat beberapa ciri penting mengenai hibah takaful yang anda perlu ketahui:
- Tempoh Sumbangan/Caruman
Ia bergantung kepada pilihan dan pelan yang anda pilih.
Sumbangan boleh dilakukan dalam tempoh 5, 10, 20 tahun atau Tempoh Perlindungan Penuh.
- Sumbangan/Caruman Minimum Bulanan
Untuk pengetahuan anda, jumlah sumbangan minimum adalah hanya sekitar RM100 sebulan.
Sumbangan ini akan mempengaruhi jumlah yang akan disediakan oleh syarikat takaful.
- Kelayakan Umur
Mereka yang berumur di antara 16 hingga 70 tahun layak untuk mencarum.
- Tempoh Perlindungan
Tempoh perlindungan adalah selama 70 atau 80 tahun.
- Jumlah Perlindungan Minimum
Penerima akan menerima jumlah minimum sebanyak RM100,000 dan ke atas.
Selain itu, terdapat juga manfaat perlindungan sakit kritikal dan manfaat hilang upaya kekal & menyeluruh.
Siapa Yang Perlu Memiliki Hibah Takaful?
Terdapat beberapa golongan tertentu yang perlu memiliki pelan hibah takaful:
- Para suami dan isteri.
- Pasangan yang mempunyai anak angkat.
- Ibu bapa yang mempunyai anak perempuan saja.
- Mempunyai anak lelaki lebih daripada anak perempuan.
- Pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat
- Ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya
- Individu yang berkahwin semula
- Anak yang masih menyara mak dan ayah
- Bakal jemaah haji dan umrah
- Mualaf yang ingin memberikan hibah kepada ahli keluarga yang bukan Islam
- Ahli perniagaan yang bergantung penuh dengan pendapatan dari perniagaan.