Medical Card Terbaik Di Malaysia

Medical Card Terbaik Di Malaysia

Sedang mencari medical card? Apakah medical card terbaik yang anda boleh dapatkan di Malaysia?

Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia lebih cenderung untuk pergi ke hospital swasta bagi mendapatkan rawatan pakar untuk pelbagai jenis penyakit seperti demam yang berpanjangan, sakit dalam perut dan sebagainya.

Walaupun ada pilihan hospital kerajaan, ramai yang tidak sanggup menunggu dalam masa yang lama kerana biasanya hospital kerajaan sesak dengan pesakit setiap hari.

Anda pasti mahu mendapatkan rawatan dengan cepat di hospital swata berhampiran rumah anda apatah lagi jika sakit and aitu tidak tertanggung lagi rasanya.

Dalam artikel ini, kami akan menyenaraikan antara medical card terbaik di Malaysia.

Apa Yang Patut Anda Tahu Sebelum Membeli Medical Card?

Jika ini merupakan kali pertama anda membeli medical card, anda perlu membuat bacaan dan juga membuat perbandingan.

Dengan medical card, anda boleh mendapatkan rawatan di hospital swasta untuk:

● Kemasukan ke hospital

● Pembedahan

● Rawatan perubatan

Jika anda mempunyai anak-anak, ini merupakan langkah yang bijak.

Pertama, anda perlu memastikan manfaat perlindungan takaful medical card yang sesuai untuk anda. Terdapat dua manfaat yang perlu ada pada perlindungan takaful medical card anda:

● Liputan Jangka Panjang, Rawatan Hospital dan Pembedahan

Pelan perubatan yang merangkumi kos rawatan di hospital dan kos rawatan seterusnya.

● Pendapatan Harian di Hospital

Pelan perlindungan kewangan yang memberikan anda pendapatan harian semasa anda dimasukkan ke hospital.

Polisi setiap perlindungan takaful medical card adalah berbeza-beza bergantung kepada syarikat-syarikat takaful. Antara soalan yang anda perlu fikirkan:

1.   Berapa lama kontrak polisi?

2.   Apakah definisi dan had pembayaran faedah?

3.   Adakah anda dilindungi sekiranya anda dimasukkan ke hospital di luar Malaysia?

4.   Bagaimana caruman takaful dikira?

Kedua, jangan ambil polisi perlindungan takaful yang anda tidak perlu. Sesetengah agen takaful akan cuba meyakinkan anda untuk mengambil polisi tambahan yang bukan sahaja tidak perlu malah akan menaikkan caruman takaful anda.

Sebagai pengguna, anda perlu bijak untuk membuat penilaian. Tanya diri sendiri sama ada anda perlukan sesuatu manfaat takaful itu atau tidak.

Pelan perlindungan takaful medical card tidak mahal sebenarnya. Secara realistiknya, anda tidak patut bayar lebih daripada 10% daripada gaji bulanan anda untuk Caruman perlindungan takaful medical card.

Adakah Medical Card Penting?

Anda pasti sedar yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan boleh memakan masa yang lama kerana terdapat ramai pesakit.

Kita bernasib baik kerana kita ada pelbagai pilihan yang lain untuk mendapatkan rawatan.

Dengan medical card, anda boleh mendapatkan rawatan kesihatan termasuk pembedahan di hospital swasta.

Manfaat yang anda akan peroleh bergantung kepada pelan yang anda pilih.

Apabila anda ada medical card, anda hanya perlu menunjukkannya di kaunter pendaftaran dan anda akan terus dirujuk kepada pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan.

Anda juga tidak perlu risau mengenai kos dan bayaran rawatan kerana ia akan diuruskan oleh syarikat takaful.

Jadi, mendapatkan medical card boleh dikatakan sebagai langkah yang bijak bagi memastikan anda tidak terbeban dengan kos rawatan kesihatan yang semakin tinggi setiap tahun.

Anda hanya perlu membayar caruman bulanan atau tahunan dan anda boleh mendapatkan rawatan yang menelan kos sehingga beribu-ribu ringgit sepanjang hidup anda.

Kesimpulan

Kesimpulannya, memiliki medical card ini banyak memberi manfaat kepada anda.

Yang penting anda komited untuk membayar carumannya setiap bulan atau tahun dan anda boleh mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta.

Anda risau dengan pengurusan kewangan anda untuk perancangan masa depan?

myhibah ada untuk anda!

Di sini kami menawarkan perkhidmatan rundingan bagi pelan pengurusan kewangan seperti:

● Hibah Tunai

● Perlindungan Pendapatan

● Kad Medikal Tanpa Had

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest